IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
Sebaliknya, beliau berkata kesemua 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri itu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lepas, sepakat untuk mempertahankan kestabilan kerjasama itu.
Pengerusi BN Perak itu berkata tindakan berterusan memainkan sentimen dan polemik politik tidak akan mendatangkan manfaat kepada rakyat dan negeri, malah boleh menggugat kepercayaan pelabur.
"Oleh itu, saya menasihatkan semua pihak untuk berpolitik secara bertanggungjawab dengan tidak mencetuskan polemik yang tidak mendatangkan manfaat kepada negeri, sebaliknya ia hanya mengundang perpecahan, kekeliruan dan keresahan rakyat yang sudah muak dan letih berdepan episod pergeseran politik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama ADUN kerajaan negeri, di sini, hari ini.
Pada PRU15, PH dan BN bersetuju untuk bersama-sama membentuk kerajaan Perak selepas masing-masing mendapat 24 dan sembilan kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh 26 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
Saarani menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri. - Gambar fail/Astro AWANI
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Adik lelaki MB Perak meninggal dunia pada usia 49 tahun
Adik lelaki Menteri Besar Perak, Ahmad Rozimi Mohamad meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi Isnin, di Hospital Taiping.
MB Perak nafi khabar angin berlaku perubahan pentadbiran
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan khabar angin bahawa kononnya akan berlaku perubahan pentadbiran kerajaan negeri.
'Saya tak gemar ukuran 100 hari' - Saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengakui beliau tidak gemar meletakkan sasaran 100 hari bagi dijadikan kayu ukur kejayaan pentadbiran sesebuah kerajaan negeri.
Pemilihan UMNO: Saya pemimpin kecil, cukup 'main' di Perak sahaja - Saarani
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi di Pusat pada Pemilihan UMNO 2023.
Pasca PRU15: Isu dakwaan Bersatu rebut jawatan MB Perak selesai
Bersatu menerima permohonan maaf Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berhubung dakwaannya parti itu berebut jawatan Menteri Besar dengan Pas.
MB Perak umum senarai portfolio Exco
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
PRU15: Parti politik boleh salur sumbangan mangsa banjir melalui pejabat daerah
Mana-mana parti politik yang ingin memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Perak ketika tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) boleh menyalurkannya melalui pejabat daerah.
Tak pernah ada pakatan UMNO-DAP jatuhkan Ahmad Faizal sebagai MB - Saarani
UMNO tidak pernah berpakat dengan DAP untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020 lalu.
Pembangkang jangan hasut, kelirukan rakyat dalam isu perlombongan lantanid - MB Perak
Kerajaan Perak mengingatkan pihak parti pembangkang agar tidak menghasut dengan mengelirukan rakyat berhubung isu perlombongan nadir bumi lantanid di Gerik.
Bajet 2023 Perak tidak diawalkan - Menteri Besar
Pembentangan Bajet Negeri Perak 2023 tidak akan diawalkan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.